Saspek Utama Kes Mcau Scam Yg Larikan Diri Berjaya Ditahan Semula. PoIis Dedah di Mana Dia Sembunyi


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua.

Itu pepatah sesuai diberikan kepada seorang saspek utama yang terbabit dengan kes Mcau Scam dan peniipuan yang melarikan diri sejak 15 hari lalu akhirnya berjaya di tahan.

Goh Leong Yeong aka Alvin yang terbabit dengan kegiatan Macau Scam, juudi dalam talian dan pengubahan wang hram ditahan poIis, pada 1.20 pagi tadi, selepas lebih 2 minggu lolos sebaik dibebaskan SPRM pada 11 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed, saspek ditahan bersama seorang wanita di luar Lembah Klang.

” Saspek kini dibawa ke Ibu Pejabat PoIis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tujuan permohonan reman.

” Saspek dikehendaki poIis berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan juudi dalam talian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Ditahan di Genting Highland

Difahamkan, Alvin ditahan di Genting Highland susulan operasi khas diadakan poIis yang memburu saspek.

Pada 11 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan saspek dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi saspek terdiri daripada dalang utama serta dua anggota poIis dalam proses diserahkan kepada pihak poIis untuk siasatan berhubung kegiatan juudi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Sebelum ini anggota poIis berpangkat koperal serta lelaki bergelar Datuk direman selama 21 hari bermula semalam sehingga 3 November depan bagi membantu siasatan kes perjuudian atas talian di Cheras.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga saspek berusia 34 hingga 39 tahun dikeluarkan Majistret S.Mageswary kira-kira pukul 11 pagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, SPRM membongkar kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan hram termasuk perjuudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal memulakan perniagaan.

Ini susulan tangkapan lima individu termasuk Datuk dan lelaki bergelar Datuk Seri palsu pada 3 Oktober lalu oleh SPRM selepas seorang selebriti terkenal dipanggil untuk dirakam percakapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki mendedahkan, pihaknya menahan 20 individu termasuk lapan pegawai poIis dan seorang warga China, selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.

SPRM juga membekukan kira-kira RM101 juta daripada 736 akaun bank dan menyita wang tunai RM5 juta serta merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti juudi dalam talian tempatan.