KKM arah semua sekolah di Seremban ditutup
Kementerian Pendidikan (KKM) mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan di zon merah di Seremban, Negeri Sembilan ditutup.
Arahan ini melibatkan 177 institusi pendidikan di daerah ini.
Negeri Sembilan menyaksikan lonjakan jangkitan Covid-19 hari ini, dengan 96 kes baru dilaporkan, yang kedua tertinggi di negara ini.
Menurut Jabatan Kesihatan negeri, Seremban ketika ini merekodkan 179 kes aktif Covid-19, dengan dua kawasan - Ampangan dan Labu - sebagai zon merah.
Ibu bapa yang anak-anak mereka bersekolah di asrama diminta membawa mereka pulang.
Bagaimanapun, kementerian berkata, pelajar boleh memilih untuk tinggal di asrama di bawah jagaan warden dengan keperluan makanan mereka disediakan pihak sekolah.
Pelajar sekolah swasta yang sedang menjalani peperiksaan pula perlu mendapatkan surat dari sekolah mereka untuk menduduki peperiksaan.