Kec0h! Pengguna CIMB Luah Rasa Syukur Beritahu BPN 2.0 Dah Dikreditkan Ke Akaun Mereka


Kecoh di laman media sosial hari ini pengguna CIMB yang menerima BPN2.0 termasuk bujang dan isi rumah teruja dan berkongsi perasaan syukur menerima wang bantuan kerajaan.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dibayar secara berperingkat kepada kumpulan B40 dan M40 pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021. Ramai pengguna CIMB yang mengatakan duit BPN2.0 telah dikreditkan ke akaun mereka hari ini.

Anda boleh memeriksa status BPN2.0 di pautan ini SINI. Hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan.

Kebiasaannya, bayaran akan masuk secara berperingkat mengikut kategori dan bank. Pemohon untuk kategori lain yang belum mendapat bayaran diharap bersabar kerana kebiasaannya ia akan mengambil masa kerana bayaran adalah secara berperingkat.

Terdahulu, Kementeri Kewangan dalam satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional akan dibuat secara berperingkat mulai 26 Oktober ini.

Menurut menterinya, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, inisiatif BPN 2.0 yang secara keseluruhannya bernilai RM 7 bilion disalurkan melalui dua fasa pembayaran iaitu Oktober dan Januari 2021.

Bagi fasa pertama, pembayaran akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada daripada kategori isi rumah dan individu bujang secara berperingkat mulai 26 Oktober ini.

Pecahan fasa pertama pembayaran berjumlah RM 4.8 bilion adalah seperti berikut:

Manakala penerima sedia ada akan menerima bayaran mengikut kelayakan seperti berikut:

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran secara tunai akan dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober sehingga 31 Disember.

Manakala penerima BPN di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan menerima bantuan pada tarikh yang sama seperti mana penerima di Semenanjung. Bagaimanapun, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran tunai akan dibuat secara sekaligus bermula Januari 2021 dengan lokasi pembayaran akan diumumkan kelak.

Selain itu, permohonan baru BPN 2.0 akan dibuka bermula 15 Oktober hingga 15 November. Bagi mereka permohonannya diluluskan, bayaran akan dibuat sekaligus pada bulan Januari 2021.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Twitter, Siakap Keli, Kementerian Kewangan via  http://petuadanresepibonda.com/