Tajuddin cakap UMNO perlu jawatan utk bantu rakyat, sekali netizan petik nama Ebit Lew
UMNO memerlukan jawatan dalam kerajaan dalam usaha membantu rakyat selain mengukuhkan lagi kedudukan parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO tidak diberikan jawatan yang sewajarnya ketika ini di dalam kerajaan.
“Perasaan tidak puas hati di kalangan ahli UMNO itu ada, kita tidak diberikan posisi atau kedudukan yang sewajarnya dalam kerajaan.
“Kedudukan dalam kerajaan ini penting kerana kalau tidak ada kedudukan, tidak ada kuasa, apa yang kita boleh buat untuk membantu rakyat?” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Tajuddin yang juga merupakan ahli parlimen Pasir Salak menyatakan tidak menjadi satu masalah besar untuk menempatkan salah seorang pemimpin UMNO untuk mengisi tempat Timbalan Perdana Menteri.
“UMNO juga ada sumbangan dalam kerajaan Perikatan Nasional, kalau nak kata kita (UMNO) gila kuasa, pangkat, kedudukan dan sebagainya dah berapa lama sebelum ini tiada isu tersebut bangkit.
“Kita sokong kerajaan Perikatan Nasional tetapi dalam masa sama jangan ambil kesempatan walaupun kita sokong dan tidak tuntut apa-apa sebelum ini,” katanya lagi.
Menurut sumber, malam ini bakal diadakan satu Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) malam ini di Menara Dato’ Onn, World Trade Centre.
Mesyuarat yang akan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan akan membincangkan secara terperinci mengenai cadangan penstrukturan semula Kabinet.
Dalam pada itu, netizan mula mempersoalkan keikhlasan UMNO kerana nama-nama aktivis terkenal tidak pun mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan, tapi masih mampu menyumbang dengan baik kepada masyrakat
“Sila nyatakan jawatan;
1. Ebit Lew. 2. Uncle Kentang. 3. Syed Azmi
Dalam kerajaan PN. TQ.
“Gaji Seminggu Dapat RM80, Berhari-Hari Tidur Dalam Kereta Tunggu Customer” – Ustaz Ebit Lew Bantu Pemandu Teksi Di KLIA
Sayu sangat rasa ziarah driver taxi airport KLIA,” demikian kata-kata Ustaz Ebit Lew yang meninjau sekitar perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.
Kongsi Ustaz Ebit, menyelami kesengsaraan yang dihadapi pemandu-pemandu teksi di lapangan terbang itu, dia turut tersentuh.
“Bila tengok wajah macam ayah. Macam mak. Macam abang kakak kita sendiri semuanya menangis.
“Berapa gaji abang seminggu ini. RM80 ustaz. Susah nak dapat trip. Sebulan ada yang dapat RM400 macam tu pun ada. Sebelum ni langsung tiada.
“Dari bulan Mac sampai sekarang tiada pendapatan langsung. 7 bulan dah.
“Berhari-hari tidur dalam kereta nak tunggu dapat customer. Jika ada. Tunggu barisan,” tulisnya yang dikongsi di Facebook.
Ustaz Ebit pada masa sama turut menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 300 pemandu teksi di kawasan tersebut.
“Saya dapat beri sedikit barang dapur untuk 300 orang. Mereka ada 700 orang.
“Abang dan kakak ni menangis kata. Ustaz, terima kaseh datang sudi tanya khabar kami. Sudi bantu kami.
“Semua cakap sikit menangis. Ya Allah..sedihnya suasana macam ni.
“Tadi ramai menangis bila saya kata sabar ujian kasih sayang Allah. Bila abang-abang ni menangis saya dah makin sebak.
“Begitulah ayah-ayah ni. Disebalik wajah ayah yang tegas, hampir semua menangis tadi,” ceritanya.
Suasana bertambah hiba apabila Ustaz Ebit membacakan doa di hadapan mereka.
“Syarikat membantu dengan tidak caj kereta dan ada juga beri bantuan makanan. Terasa sebak jer.
“Masa berdoa tadi semua menangis. Bila tengok tangisan mereka teringat betapa berat ujian mereka. Begitulah ayah-ayah ni semua. Allahuakbar. Inilah kerja mereka selama ini.
“Kini semua dah berubah. Doakan yer buat abang kakak ni semua. Cuma mampu beri sedikit bantuan makanan.
“Buat sahabatku semua jika ada kawan tiada kerja tolong tengok-tengokkan
BN, UMNO menunggu re-tak
AWANG sebetulnya tak terperanjat sangat keputusan yang diambil oleh UMNO untuk kekal bersama Abah dalam Perikatan Nasional (PN).
Awang tak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada malam Isnin lepas. Tentulah panas.
Awang dengar juga desas-desus kemarahan ahli UMNO kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana membelakangi MT apabila tulis surat sokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi tak hairanlah jikalau beliau umumkan parti UMNO akan bersama Abah dalam PN selepas mesyuarat itu.
Sebelum itu, Bossku mantan Perdana Menteri pula secara terbuka minta Ahli Parlimen BN sokong Tuk Seri Anwar. Kalau ikut laporan akhbar ini, yang kuat sokong Tuk Seri Anwar selain Bossku mantan Perdana Menteri ialah Tuk Seri Zahid dan Tuk Seri Tajuddin Rahman.
Selama ini, merekalah yang lantang mahukan syarat baharu jika UMNO nak bersama PN. Ahli Parlimen BN nampaknya pun tak setuju dengan cadangan itu.
Awang baca kenyataan Tuk Seri Zahid selepas mesyuarat MT tentang perlunya akur nasihat Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga bercakap pasal ‘Rekonsiliasi Nasional’ atau ‘Agenda Perdamaian Nasional’. Bagus sangat juga.
Tapi siapakah yang mulakan kekecohan hingga perlu perdamaian nasional? Jika UMNO bekerjasama dengan PN untuk kuatkan kerajaan, tak timbul hal itu.
Ibarat apabila orang karam yang diselamatkan dalam kapal, orang itu patut duduk diam dan berterima kasih. Bukan nak goncangkan kapal supaya karam. Ahli UMNO patut ambil ingatan apa yang berlaku.
sumber: astroawani, sinar harian