Harap Semua Bersedia. Akhirnya Ini Keputusan Dari Mesyuarat Sidang Khas Bersama Muhyiddin Yassin.


Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelaksanaan PKP itu merupakan antara cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.

Takiyuddin berkata, cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang melibatkan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara (MKN), serta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Jumaat. Menurut beliau, dalam mesyuarat itu juga, MKN perlu memikirkan opsyen yang perlu ada seperti yang dibuat sebelum itu termasuk PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tular Poster Sidang Khas

Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut mena.fikan mesej tular yang mendkwa terdapat siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung situasi C0VID 19 dan P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini. MKN menerusi Telegram meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita tidak benar itu.

“Hentikan penyebaran berita tidak benar. Tidak pasti, jangan kongsi,” kata MKN pada Jumaat.Poster berupa gambar Perdana Menteri berserta tulisan Perutusan Khas C0VID 19, pukul 9 malam dimuat naik dalam beberapa platform media sosial sejak pukul 3 petang ini. Turut dimaklumkan perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi salurann Astro AWANI, BERNAMA, TV3 dan RTM.

Keputusan Mesyuarat

Mengambil kira perbincangan dan penelitian dalam sidang khas Majlis Kes.elamatan Negara (MKN) pada Jumaat, mesyuarat telah sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, sidang khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini mel.ibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira s.ituasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan terhadap usaha untuk mengekang penularan CoviD 19. Ujar kenyataan itu lagi, bagaimanapun perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan pada esok (Sabtu) 22 Mei 2021.

Kredit : AstroAwani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kes Harian Positif Covid 19 Naik Mendadak. Ramai Yang Gesa Untuk Buat Pkp Penuh. Tapi Ini Penjelasan Dari Ismail Sabri Buat Ramai Yang Marah.

KEBIMBANGAN orang ramai terhadap peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ini, menyebabkan terdapat gesaan supaya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya dilaksanakan. Bagaimanapun, keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya atau ‘total lockdown’ ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM akan membentang dan menasihatkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Selepas itu baru keputusan dan pengumuman dibuat,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai adakah kerajaan tidak bercadang untuk membuat PKP sepenuhnya atau ‘total lockdown’. Ini selepas Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 6,075 kes baharu positif C.ovid-19 pada Rabu sekaligus menjadi yang tertinggi sejak pandemik itu berlaku Mac tahun lalu.

Beberapa pihak menggesa agar kerajaan melaksanakan PKP sepenuhnya bagi mengurangkan kes pemergian yang berpunca daripada virus Covid-19. Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, langkah membenarkan sebahagian sektor dibuka telah menyebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan kes meningkat mendadak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mstar