“Butang” Mengaku Pondan dan Suka Lelaki Maskulin ;- Isma Yusoof


Nama pengarah dan pelakon berbakat, Isma Yusoof pernah popular satu ketika dahulu apabila berjaya menghidupkan pelbagai watak sehingga terbawa-bawa dalam hati penonton.


Terbaru, pemilik nama Azma Aizal Yusoof itu telah menggemparkan industri hiburan apabila dengan beraninya mengaku dirinya adalah seorang transgender.

Malah, pengarah berusia 38 tahun itu turut menegaskan bahawa dia tidak peduli akan kecaman yang dilemparkan masyarakat terhadapnya.


Isma memuat naik sebuah video di IGTV miliknya berkata dia ingin menjadi dirinya sendiri tanpa perlu berpura-pura di hadapan orang lain. Bahkan, dia mengaku bahawa dia hanya tertarik kepada lelaki.


Dalam pada itu, pelakon drama Emil Emilda itu meluahkan ramai yang mempersoalkan suara dan wajahnya seperti seorang lelaki, tidak seperti transgender lain.

“Ada yang persoalkan suara saya, cakap muka saya ini muka jantan. Tak macam Sajat atau pondan-pondan yang makan hormon.
“Kenapa nak kena makan hormon? Bila korang tak terima transgender ini korang hanya terima wanita dan lelaki, itu yang pondan ramai makan hormon.
“Potong itu, potong ini, operate sana sini menjadi wanita untuk masyarakat terima. Saya gembira dengan wajah, badan dan suara saya.
“Tak perlu nak kepit suara sebagainya, oh tidak. Tetapi kalau berlakon kena kepit, saya kena kepitlah,” dedahnya.

Isma membidas persoalan mereka dengan menegaskan bahawa seorang ‘transgender’ lelaki tidak semestinya perlu mengubah penampilan mereka dengan memakan hormon, jalani pembedahan plastik sana-sini semata-mata nak menjadi seorang wanita.

Ujar Isma lagi, sebelum ini dia pernah didatangi wanita yang ingin cuba kembalikannya sebagai lelaki namun dia menolak dan terima bahawa dirinya adalah seorang transgender.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan Isma dan mengucapkan tahniah kerana jujur dengan diri sendiri dan berterus-terang dengan peminat.

Sumber : OMM