Tular lelaki berjubah bagi kuiz agama sebelum beri bantuan, siap tanya rukun iman
Baru-baru ini, tular sebuah video memperlihatkan seorang lelaki berpakaian putih sedang memberi bantuan kepada golongan susah di tepi jalan.
Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah tindakan lelaki berkenaan didakwa seperti sedang memberi ‘tazkirah’ dengan cara yang agak kasar kepada golongan tersebut sebelum menghulurkan bantuan.
Beri ‘tazkirah’ dengan cara kasar
Bukan setakat itu sahaja, beliau turut bertanyakan soalan seperti berapa rukun iman, niat solat fardu Maghrib dan sebagainya. Siapa yang gagal atau memberi jawapan salah seakan masih belum layak menerima bantuan.
Video berdurasi 1 minit itu telah dikongsi oleh saudara @NazrudinRahman menerusi akaun Twitter miliknya.
“Aku jijik dengan keangkuhan, terutama dari golongan ‘terpelajar’. Orang tengah kebulur, dia boleh bagi syarat kena silat? Kena jawab quiz agama sebelum mendapat bantuan? Ini salah. Astaghfirullah. Dimana hilangnya ikhlas dan perikemanusiaan,” tulis ciapan tersebut.
Menurut Nazrudin, dia berasa kesal dengan keangkuhan individu terbabit yang dianggap seperti tidak ikhlas dan tidak berperikemanusiaan.
Tambahan lagi, perbuatannya itu didakwa seakan memalukan orang yang dalam kesusahan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap individu yang tidak dapat dipastikan identitinya itu.
Tak bagi pun takpe
Peliknya cara berdakwah ni
Dia yang patut ‘check’ solat sendiri
Sepatutnya cakap slow2
Siap ungkit duit
Dia rasa terpaling maksum
Cara nasihat tak kena
Tak patut malukan orang
Sehingga kini, identiti lelaki berjubah berkenaan serta lokasi kejadian tidak dapat dipastikan. Namun apa yang jelas, bantuan itu berunsur ‘peribadi’ seperti yang dimaklumkan olehnya dalam video tersebut.
Sumber: Twitter @NazrudinRahman