Datuk Aaron Aziz kehilangan insan tersayang. Isteri sahkan punca k3matian. Al Fatihah


Ibu pelakon popular, Datuk Aaron Aziz meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura, malam tadi.

Isteri Aaron, Datin Diyana Halik mengesahkan punca kem4tian ibu mentuanya, Allahyarham Juriana Jaafar disebabkan s3rangan jantung.

“Ya, Mummy men-inggal dunia di hospital di Singapura akibat s3rangan j4ntung,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Terdahulu, pelakon drama rantaian Jalan Sesat Ke Syurga ini turut berkongsi berita duka pemergian ibunya di Facebook (FB) dan Instagram (IG).

“Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku dari seksa kub-r dan api ner4ka. Ambillah segala kerja amalku untuk menemani ibu di Alam Barzakh.

“Tempatkanlah ibuku di antara hamba hamba Mu yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la. Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini,” katanya.

Sebelum ini, pemenang dua kali Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ini sering berkongsi keadaan kesihatan arwah serta memohon doa agar ibunya pulih seperti sedia kala.

“Innalillahwainailaihirojiuun Ya Allah take all my pahala from all my Umrah trips dan Selamat kan lah Ibu ku Juriana Bte Jaafar dari seksa kubur Dan api neraka. Ambik lah segala kerja amal ku utk menemani Ibuku di Alam Barzakh. Dan tempatkan lah Ibuku di antara hamba hamba MU yg akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la. Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha Love you Mummy more than anything in this world”-tulis Aaron di laman IG beliau.


Rata-rata rakan artis seperti Aliff Sarat, Nabil Ahmada, Chef Zam dan ramai lagi mengucapkan takziah di atas pemergian bonda Aaron Aziz yang tersayang

alifsatar INNALILLAHIWAINNAILAYHIROJIUUN.. salam takziah buat abang Aaron sekeluarga.. semoga Allah swt kurniakan kekuatan dan kesabaran mengharungi dugaan ni.. semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah swt, dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.. dan beramal soleh. insyaAllah.. deepest condolences, from our family to yours,bang.

nabilzira Salam takziah Abg and family.. Alfatihah

chef_zam  ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥ Al-Fatihah …
‎ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ
‎ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞ ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞ ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞ ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kem4tiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya…. Ameen YRA

ajakshiro Semoga ditempatkan bersama golongan insan beriman..Takziah Bang

Berikut sedikit info mengenai Aaron Aziz

Pemilik nama sebenar Dato’ Aaron Mustapha bin Aziz, DIMP atau Aaron Aziz (42 tahun) dilahirkan pada 23 Februari 1976 di Tampines, Singapura dan dibesarkan di Pasir Ris, Singapura. Beliau memiliki darah kacukan Melayu-Bugis-Jawa. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang aktor di Singapura menerusi watak Shahril dalam drama Cinta Bollywood (2001-2002), watak Bob dalam Jeritan Sepi (2001-2002), watak Koperal Jamal Saleh dalam Heartlanders (2002-2005), Zack Ahmad dalam sitkom Phua Chu Kang (musim 6) dan Iqmal dalam siri Cinta Q.

Pada tahun 2004, beliau berhijrah ke Malaysia bagi bergelar pelakon menerusi watak pembantu dalam drama Haryati (2004). Selain itu, antara drama lain beliau ialah Emil Emilda, Sadiq & Co, Nora Elena, Evolusi KL Drift: The Series dan Kusinero Cinta. Antara filem yang dijayakannya pula ialah Evolusi KL Drift (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2010), KL Gangster (2011), Ngorat (2012) dan Lari (2013). Aaron juga menjadi duta bagi produk-produk terkemuka seperti Drive M7, Maggi, dan L’oreal.

Beliau mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Diyana Halik pada 3 Ogos 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata bernama Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa. Beliau kini adalah penduduk tetap Malaysia. Selain pelakon, beliau turut bergelar pengarah, pengacara, penyanyi dan model.