Tak memilih sangat, Hawa Rizwana idamkan lelaki setia tidak kisah kerja apa
Sering dikatakan memiliki wajah seiras Neelofa, pengacara muda Hawa Rizwana kini semakin mendapat perhatian netizen yang ingin mengetahui lebih dekat mengenai kisah peribadinya.
Menerusi laporan Berita Harian, pengacara berusia 25 tahun itu telah ditanya mengenai gosip cinta, apabila dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelawak, Zizan Razak.
Saya dan Zizan cuma kawan
Mengulas mengenai gosip tersebut, Hawa menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Zizan sebaliknya mereka hanya sekadar kawan biasa yang berkongsi minat sama dalam sukan berbasikal.
“Orang kata saya rapat dengan Zizan… Sebenarnya, tidak betul. Kami hanya berjumpa kerana mempunyai minat dalam sukan basikal…”
Tak fikir nak cari teman lelaki
Ditanya mengenai pasangan hidup pula, dia yang juga penyampai berita berkata buat masa ini hanya mahu fokus dalam karier terlebih dahulu selain belum lagi memikirkan mahu mencari teman lelaki.
Yang penting setia
Namun apabila ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman pula, Hawa sejujurnya mengatakan dia tidak meletak syarat jenis pekerjaan namun apa perlu memiliki sifat bertanggungjawab.
“Saya tidak pernah meletakkan syarat jenis pekerjaan, cuma apa yang penting, dia mesti bertanggungjawab. Dia juga mesti setia dan menerima saya seadanya. Bagi saya, semua wanita ada impian sama…”
Semoga satu hari nanti, Hawa berjaya bertemu dengan pasangan hidup yang mampu menerima dan membahagiakan dirinya.
Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin)