Seminggu Bertarvng C0vid-19, Peguam Wanita Mninggal Dunia Tingg4lkan Anak 16 Bulan
Dalam pada itu, seorang lelaki bernama Ihsan juga berduka mengiringi pemergian isteri tercinta, Amirah Lahaya selepas wanita itu terk0rban dij4ngkiti virvs berkenaan.
Kini engkau menuju ke kampung akh1rat….Aku ikhlaskan segalanya
Semalam dia sempat mencoretkan kedukaan hatinya di laman Twitter sehingga meraih belasan ribu retweet. Hampir 3 hari pemergian, dia masih susah untuk menerima takdir pahit tersebut namun tiada pilihan lain selain terus kuat untuk meneruskan hidup.
Wanita yang juga seorang peguam itu bukanlah semata-mata seorang isteri di mata Ihsan. Bahkan dia adalah insan yang hadir sehingga membuatkan kehidupannya bertambah baik. Hampir seminggu terlantar, Amirah sempat meminta doa dan berharap suaminya mampu mengikhlaskan segala yang sudah terjadi.



Tepat ulang tahun ke-28, kamu mengucapkan selamat
Lebih menyayat hati, Ihsan harus meneruskan kehidupan bersama ‘amanah kecilnya’ yang masih berusia 16 bulan. Mengimbas semula detik-detik terakhir, lelaki ini menyifatkan Amirah seakan-akan memberikan petanda bakal pergi selamanya setelah mereka menonton sebuah babak filem berkaitan perpisahan.
Tidak cukup dengan itu, situasi getir tersebut terpaksa dilalui tepat pada tarikh hari jadi lelaki ini. Sempat memberikan ucapan istimewa, kemudian keadaan kesihatan isterinya semakin mer0sot sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.






Sumber : Twitter ihsan, Kisah Dunia
