Gadis Cantik Melalak, Boyfriend Nikah Dengan Perempuan Lain Walau Lama Bercinta

Kalau sudah ditakdirkan jodoh, lelaki dan wanita tetap akan bersatu meskipun banyak dugaan melanda. Namun jika takdir menyusun hal sebaliknya, setiap orang haruslah menerima hakikat perpisahan dengan hati terbuka meskipun keperitannya sungguh dalam. Mungkin itulah perasaan seorang wanita ini apabila jodohnya dengan teman lelaki terhenti di tengah jalan. Kesedihan tersebut juga dikongsikan kembali menerusi akaun Tiktok sehingga mendapat perhatian ramai netizen.
Bertahun-tahun bercinta tiba-tiba tahu pakwe kahwin dengan orang lain
Tidak dapat menahan sebak orang tersayangnya menjadi suami kepada insan lain, dia kelihatan menangis teresak-esak dan sukar menerima hal itu. Dalam kepiluan tersebut, gadis ayu berkenaan turut ditenangkan oleh beberapa rakan yang lain. Melihat kembali kejadian ini, dia menyifatkan bahawa hubungan yang sudah lama terjalin bukanlah jaminan ia akan berkekalan ke jinjang pelamin walau sekuat mana ia cuba diselamatkan.
Cantik macam ni pun kena tinggal…InsyaAllah terus kuat akan ada jodoh lain
Video Player
00:00
00:00
Dalam video sama, kapsyen yang ditulis juga seakan-akan menambahkan sebak di dada netizen. Walaupun ia pahit ditelan, gadis tersebut hanya mampu pasrah kerana sekurang-kurangnya pernah berusaha berjuang sehabis baik demi masa depan hubungan mereka berdua. Memperolehi jumlah tontonan yang tinggi, netizen memberikan kata-kata semangat dan beranggapan ada jodoh lebih baik untuknya kelak.
Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.
Sumber : TikTok dhestymariza  via Kisah Dunia