Raikan Kejayaan, Tepukan Gembira Frontliner Buat Rakyat Malaysia Terharu
Ucapan terima kasih yang didedikasikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada barisan hadapan negara dalam melawan Covid-19 semasa Perutusan Khas Perdana Menteri semalam benar-benar menyentuh hati.
Mana tidaknya, perjuangan mereka yang selama ini berkorban masa, tenaga dan juga keselamatan diri sedikit sebanyak menyumbang kepada penurunan kadar penularan pendemik dalam negera.
Tepukan penuh suka duka
Susulan daripada itu, muat naik video barisan petugas kesihatan yang bertepuk tangan dengan lengkap bersut PPE begitu mengharukan.
Tahniahh warga kkm dan semua frontliner Malaysia aku sebagai rakyat Malaysia banggaTahniah MALAYSIA
21.9K people are talking about this
Terasa sebak lihat video ni
Perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Cik Anas ini turut mengucapkan tahniah diatas usaha para barisan hadapan yang bertungkus-lumus berjuang demi negara.
Oleh hal yang demikian, muat naik yang dikongsi itu telah berjaya mendapat maklum balas daripada warganet. Rata-rata daripada mereka berbangga dengan frontliner negara dan sangat berterima kasih dengan pengorbanan yang mereka berikan.
Kalian layak dihargai
Kami bangga dengan frontliner Malaysia
Sumber : Cik Anas







