Penyanyi lagu ‘Bunga Dedap’ Izzaka mengadap Illahi
PENYANYI rock era 90-an Izzaka menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak kira-kira pukul 11.45 malam Rabu akibat jangkitan kuman pada buah pinggang.
Bekas isteri Allahyraham, Hazana Mohamad Zabandi, 47, ketika dihubungi berkata Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 Mei lalu selepas mengadu sesak nafas.
“Saya datang melawat arwah pada malam raya dan dia berada dalam keadaan separuh sedar jadi saya terus bawa dia ke hospital.

Izzaka pernah popular dengan lagunya yang berjudul Singkapkan Nur Suci sekitar tahun 90an.
“Tapi pada malam raya kesembilan tu, selepas rawatan membuang nanah, saya pergi melawat dia sekali lagi dan cuba bersembang dengannya tapi matanya tak terbuka, hanya air mata berlinangan,” katanya.
Allahyarham pernah berkahwin dengan Hazana dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki.
Jenazah akan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh.
Untuk rekod, Izzaka mencipta nama dengan lagu berjudul Singkapkan Nur Suci dan Bunga Dedap ciptaan Shaari Amri dan lirik S. Amin Shahab.
Allahyarham juga pernah berduet bersama Ziana Zain menerusi lagu Hadirmu.
sumber mstar