KAMI MAHU MUHYIDDIN YASSIN TERUS BERSAMA RAKYAT

Kalau korang perasan watak Tan Sri Muhyiddin sekarang ni macam The Gray Champion. The Gray Champion ni adalah cerpen karya Nathaniel Hawthrone tahun 1835. Jadi The Gray Champion ni adalah watak pemimpin rakyat yang memimpin rakyat dalam krisis sehingga kemenangan.
Kalau dulu masa era kemerdekaan, kita ada Tunku Abdul Rahman. Masa tu satu Malaysia mempunyai musuh yang sama iaitu Parti Komunis Malaya, jadi semua orang berpihak pada Tunku.
Situasi sekarang musuh kita adalah Covid 19. Bila Tan Sri Muhyiddin umum perang ke atas Covid dan dia nak semua rakyat bersama dia, semua orang berpihak pada Tan Sri Muhyiddin, tak kiralah kau penyokong kerajaan atau tak, kita semua berpihak pada setiap keputusan yang Tan Sri Muhyiddin buat.
Dekat Twitter sesapa yang sinis kutuk beliau ‘kerajaan pintu belakang’ korang get ready la kena kecam. Sesiapa yang langgar PKP, tak kiralah korang dari golongan kaum apa sekalipun akan dihentam dengan teruk.
Macam doktor Cina dekat Penang yang berjogging tempoh hari. Doktor tu pun dikecam dalam akhbar Cina.
Watak The Gray Champion ni akan dikenang dalam buku sejarah masyarakat macam Tunku. Jadi mungkinkah Tan Sri Muhyiddin ni the next The Gray Champion?
Tak pelik kalau watak Tan Sri Muhyiddin ni akan terus dikenang sebab dia dah buat satu keputusan yang impak dia cukup besar pada rakyat, kewangan dan ekonomi negara masa dia umumkan PKP. Tetapi dia boleh buat rakyat rasa selesa dan selamat sepanjang PKP. Banyak sangat bantuan kewangan yang kerajaan dia bagi.
Mungkin masa ni lah kita sebagai rakyat dan penjawat awam kena terus bagi sokongan dekat Tan Sri Muhyiddin.
Rasanya bukan penjawat awam ja, tapi jugak untuk wakil rakyat samada dalam Kabinet atau GLC untuk terus bekerja dengan penuh intigeriti. Tolong jangan ada isu-isu macam rasuah, kroni, jenayah dan sebagainya yang akan jadi ‘point’ utama pembangkang untuk jatuhkan Tan Sri Muhyiddin.
Tak paham kenapa dalam keadaan negara yang masih lagi ‘berperang’ dengan musuh tak nyata ni, pihak-pihak pembangkang nak menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin. Bukankah masa nilah korang kena tunjukkan sokongan pada kerajaan jika setiap apa yang Tan Sri Muhyiddin buat tu berpihak pada rakyat. ‘
Kitaorang sebagai rakyat tak pernah rasa teraniaya di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin. Jadi rasanya, pihak pembangkang tak payah la kot nak sibuk jatuhkan Muhyiddin. Cukuplah 22 bulan mimpi ngeri.