Gelaran ‘Keluarga’ Diberi Rakyat Jadi Bahan Gurauan Di Sidang Media
Sejak semalam, usikan-usikan nakal netizen berkenaan gelaran panggilan untuk ‘hero-hero’ negara berkaitan perkembangan Covid-19 di Malaysia telah disedari oleh salah seorang daripada mereka.
Pak Long Mail dah tau
Perkara tersebut menjadi bahan seloroh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila menyedari bahawa digelar Pak Long Mail manakala, Perdana Menteri dipanggil telah ‘abah’ oleh rakyat Malaysia.
Kompilasi dibuat rakyat
Hal tersebut menjadi ulasan rakyat Malaysia selepas sidang media keselamatan yang berlangsung jam 2 petang semalam. Susulan daripada itu, ada individu prihatin yang telah memuatnaik kompilasi gambar ‘orang-orang penting’ dalam menangani Covid-19 ini.
Dalam posting yang dibuat laman Facebook Ipoh Ipoh Ajerr, kompilasi nama-nama panggilan yang terlihat akrab itu begitu menghiburkan dan memberi sedikit senyuman buat rakyat Malaysia.
Semoga mereka terus gigih berusaha dalam memastikan penularan Covid-19 dapat diatasi dengan kerjasama seluruh rakyat Malaysia.
Sumber : Ipoh Ipoh Ajerr


