Alhamdulillah, akhirnya ER1C PAULSEN dipecat dari Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM)

Alhamdulillah. setelah segala tekanan dari rakyat, Er1c Paulsen dipec4t dari menganggotai majlis perundingan. Ini seharusnya mendidik masyarakat bahawa agama ini adalah nasihat. Elemen kemungk4ran l1beral harus dibanter4s dan rakyat mempunyai hak untuk membantu dari aspek teguran dan nasihat bagi membina negara yang lebih baik.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan peguam Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM). Perkara itu diumumkan dalam kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat kementerian itu hari ini.
“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ingin memaklumkan bahawa peguam Er1c Paulsen tidak lagi menjadi ahli MPKM. “Bagaimanapun keputusan ini tidak akan menjej4skan fungsi MPKM, yang telah ditubuhkan pada 9 Jun 2020 yang lalu,” kata kenyataan itu.
Justeru MPKM akan terus berperanan membincangkan dan menasihati kementerian dalam pendekatan dan dasar berkenaan komunikasi dan multimedia, kata kenyataan itu lagi. Pelantikan Paulsen mula dibangkitkan Timbalan ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari pada 14 Jun lalu, yang menggesanya ditarik balik.
Gesaan itu disusuli Ketua Penerangan Pusat PAS Kamaruzaman Mohamad yang membuat gesaan sama dan menyifatkan peguam itu sebagai “terkenal dengan sikap dan pandangan yang sangat sin1s terhadap Islam serta perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam.
Semalam, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula mempersoalkan asas pelantikan itu dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah tampil memberi penjelasan. Asyraf mend4kwa Paulsen pernah menggur1s hati orang Islam dengan kenyataan berbaur pengh1naan terhadap Islam, antaranya mendakwa khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstr1misme pada 2015.
Turut senada dengan Asyraf ialah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen yang turut mend4kwa perkara sama, iaitu Paulsen seorang yang sering mengeluarkan kenyataan mengh1na Islam.
Sumber; Mkini & FMT